Resepi Acar Rempah Melaka

Dilema seorang suri rumah tangga bila hari-hari masak lepas tu esoknya dah tak tahu nak masak apa lagi. Puas fikir lauk apa yang nak dijamu pada keluarga. Semua serba tak kena.

Hari ni mama nak kongsi lauk yang jarang orang masak. Kalau kat Melaka masa kenduri kahwin je jumpa lauk ni. Itu pun kalau tuan rumah sediakan masakan kampung.


Ok harini mama bagi resepi untuk Acar Rempah. Punya senang kacang goreng je resepi ini. Sekali buat sekali rasa pasti nak lagi.

Acar Rempah
Bahan-bahan :

- 2 senduk kecil minyak masak
- 1 paket acar rempah
- 6 biji bawang merah *dimayang
- 5 ulas bawang putih *dimayang
-2 inci halia *dipotong seperti batang mancis.
- 1 biji timun. Dibelah empat di dipotong memanjang. Biji asingkan. Mama tak pakai biji.
- 6 batang cili hijau dibelah dua tanpa putus.
- 2 biji bawang besar *dibelah empat
- 3 sudu besar kerisek
- 3 sudu besar udang kering. Dibasuh. Ditumbuk.
- 1 1/2 mangkuk air asam jawa



Rempah acar yang mama pakai

Cara-cara :

1. Tumis kan bawang merah + bawang putih & halia hingga naik bau. 
2. Masukkan rempah acar. Gaul sebati. Biarkan rempah acar dimasak seketika.
3. Masukkan udang kering dan biarkan sekejap. Kacau-kacau ye kalau tak nanti hangus. 
4. Masukkan kerisek + air asam jawa + timun + cili hijau & bawang besar.
5. Perasakan sedikit dengan gula + garam.
6. Biarkan menggelegak & bolehlah ditutup api..


Lepas dah masak acar tadi bolehla digoreng ikan sepat kering. Dua lauk itu pun sudah cukup menggamit selera. Mak mertua lalu sebelah pun tak perasan. 

Kalau nak lagi sedap. Acar tu boleh ditambah dengan telur burung puyuh.. Masukkan ikan betuk pun boleh.. Makan dengan nasi panas-panas. Pheww. Kalau tak habis, tak apa. Esoknya boleh panaskan. Lagi kaw rasa dia. Nak cicah dengan lempeng pun sodap.


Selamat mencuba. ☺

Last minute booking hotel menggunakan apps Hotel Quickly

Bulan May ni banyak hari bercuti kan. 1 & 2 May 2016 mesti ramai yang mahu luangkan masa bersama keluarga untuk berehat-rehat bersantai-santai. Masing-masing mesti sedang mencari hotel-hotel untuk menginap. Lagi-lagi pada musim cuti umum. Mesti banyak hotel-hotel yang mahal.

Apakata mama bantu uols cari hotel yang murah siap dapat diskaun lagi! Booking pada hari yang sama pun boleh tau.. Uols nak tak dapatkan discount sehingga rm40? Sape yang tak nak kan? Banyak tu rm40.. Kenyang rm40 kalau beli makanan. Kalau taknak pergi bercuti-cuti pun takpe. Pergi je download dulu. Last minit booking pun takpe.

Last minute booking hotel menggunakan application Hotel Quickly


CARA-CARA MENDAPATKAN REDEEM VOUCHER.

Pertama sekali, pergi ke application store @ google play store. DOWNLOAD application #hotelquickly. Register under facebook uols masing-masing. Pastu pergi bahagian kiri page. Ada garisan berangkai tu then click kat redeem voucher.

Uols masukkan code "NATIKAH11" serta merta anda akan mendapat free voucher bernilai rm40. So apa tunggu lagi? Cepat download sekarang. Ingat tau redeem voucher sah sekali sahaja dalam tempoh masa 24jam. 😚

nampak tak credit tu? Click disitu.

Masukkan promo code

Terus dapat voucher rm40😱

Weee... Bestkan dapat discount sebanyak tu? Mesti uols tertanya2 kat mana lagi boleh pakai voucher ni. Takkan dalam Malaysia je. Eh tak.. Hotel Quickly ni merangkum 15 buah negara yang lain.


Selain itu, jika anda hendak mencari hotel di luar negara yang mengambil inisiatif bergabung bersama HotelQuick, anda boleh search sendiri dimanakah hotel-hotel yang dapat anda cari berdekatan bandar-bandar disetiap negara. Disini mama bagi sekali contoh bandar-bandar.


Untuk yang kaki travel memang bagus untuk dapatkan lebih diskaun. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat download dan gunakan code "NATIKAH11" untuk tebus voucher.

Santai petang di Muzium Hang Tuah Melaka

Waktu hujung minggu adalah waktu dengan family. Walaupun hari2 mama bersama dua orang budak bertuah. Hujung minggu special sikit lah sebab ada encik suami.. Setiap hujung minggu ada je aktiviti kami.

Minggu lepas kami santai di Muzium Hang Tuah. Haaa korang ada pernah dengar tak? Orang Melaka pun ada yang tak tahu kewujudan muzium ni. Percaya ye dak? Kat mana ye muzium ni cuba teka? Hikhik..

Besar kawasan muzium ni
Lama dah mama tak bawak anak2 lalu sini. Kami lalu sini sebab nak tunjukkan encik lembu je.. Kebetulan artu nak makan cendol tempat full. So kami decide bungkus dan lepak sini je.

Muzium Hang Tuah ni berada di Duyung, Melaka. Tau perigi Hang Tuah? Haa.. Dekat sangat dah tu dengan muzium ni tau. Berjiran je dorang ni. Hikhik.

Muzium ni adalah dalam setahun dua wujud.. Kawasan perkampungan Hang Tuah ni sangatlah besar. Siap ada 5 buah rumah untuk sahabat handai Hang Tuah. Mama tak pernah masuk lagi muzium ni. Lalu depan je jalan2 tengok kawasan.

Gambar dari gazebo mama lepak.

Semua rumah2 yang dinamakan di Perkampungan Hang Tuah ni adalah nama dari kawan2 Hang Tuah. Rumah disini berkonsepkan rumah kayu. Memang cantik. Semua rumah kayu. Kat sini ada juga dewan. Ramai dah anak2 Melaka tempah dewan untuk buat majlis perkahwinan. Sambil2 datang majlis kahwin, boleh melawat kawasan muzium. Parking ada disediakan. Untuk masuk ke muzium, ada dikenakan bayaran.

layan cendol dulu

Mama duduk di wakaf @ gazebo yang telah disediakan berhadapan muzium. Semasa kami sampai tiada sesiapa lagi. Jadi kami anak beranak bermaharajalela sekejap. Tepi gazebo ni ada pokok2 kelapa yang renek. Comey sungguh! Ada sungai duyung. Boleh nampak beberapa orang memancing di sungai ni. Nyaman.

Ni cendol kacang mama punya. Cendol femes kat kawasan Ayer Molek - Duyung - Kandang. Nama cendol ni Cendol Serkam. Banyak ingredient cendol kita boleh pilih. Ada jagung. Ada pulut. Ada kacang merah. Macam2. Tapi kena cepat lagi2 musim panas memang cepat habis!

Besar tau gazebo yang kami duduk ni.. Santai2 petang memang recommended la.. Kalau nak bawa family pun ok dah. Hihi berkelah amik angin kampung katanya.


Tempat santai2 hujung minggu... on the way balik boleh nampak sekawan lembu.. teruja budak berdua tengok lembu dari jarak dekat sepanjang Sungai Duyung.

Rawatan alternatif untuk HFMD

Bila kita dengar HFMD je dah meremang bulu roma bulu tengkuk semua kan? Macam teruk nau je penyakit tu.. Sebenarnya ini kali kedua mama handle penyakit HFMD ni.. First time tahun lepas. Dan ni kali kedua. Alhamdulillah banyak mama belajar untuk kali ni.

Budak ni yang kena HFMD. Haih la anak. 

Kronologi HFMD :


Isnin : Kakak Maira sekolah macam biasa. Petang selepas Asar mama dapat mesej dari teacher sekolah start selasa sampai 15hb April cuti. Sebab ada kes HFMD. 

Rabu : Pagi selepas mandi Maira mengadu kaki gatal2. Mama garu dan apply essentail oil bagi hilang gatal. Malam masa nak tidur badan dah start dedar nak demam. Mama terus drop frankinsence.


Khamis : Bilamana tengah sarapan, Maira mengadu mulut sakit. Bila mama tengok, kat lidah ada 1 spot ulser. Masa ni mama masih tak syak apa2 lagi. Malam badan still panas. Mama still drop frankinsence lagi bagi up immune.


Jumaat : Petang jumaat pakcik makcik maira datang rumah. Mama mengadu dengan abang ipar tiba2 ada ulser dalam mulut Maira. Bila udek tengok ulser tu terus dia cakap kena HFMD. Terus tengok tapak tangan & kaki. Memang banyak bintik2 merah. Masa sebelum tidur tunjuk lagi kat udek ulser dalam mulut Maira makin banyak dan bertambah di bahagian lelangit. OMG.. Mama terus alahai Maira pula yang kena. Udek cakap kalau tak teruk tak warded. Boleh handle sendiri. Sebab HFMD adalah sejenis virus.

Nampak tak kaki Maira ada bintik2 merah? Jumaat malam tu lepas maghrib dah mandi mama terus appy combo essential oil. Ada tiga jenis essential oil mama guna ikhtiar untuk rawat HFMD.

Rawatan HFMD menggunakan YLEO:

Essential oil purification, thieves, frankinsence. Ketiga-tiga essential oils tu sangat2 lah membantu mama waktu2 macam ni.

Purification mama dilute bersama Virgin Coconut Oil (VCO) mama sapu kawasan gatal2 yang ada bintik2 merah.. Setiap dua jam mama sapu. Bila tengah malam terjaga pun mama sapu lagi. Mama buat stok dilute siap2. Senang. Dan mama sapu juga sepanjang spine. Selepas mandi pagi, tengahari, petang & sebelum tidur.

Thieves pula mama diffuse bersama purification untuk membantu mama membersihkan udara dari kuman dan membantu mama mendapatkan udara yang baik. Bilik pun wangi!.

Frankinsence pula mama drop bawah lidah Maira setiap hari 1-2drops sahaja. Untuk up immune dia sebab virus yang menyerang.


Inilah dia essential oils yang mama ikhtiar gunakan untuk rawatan HFMD anak mama. No chemical. No alcohol..
Ahad mama tengok mulut maira clear ulser2 yang ada dalam mulut. Bintik2 merah di kaki dan tangan pun banyak kurang. And yes, mama still apply lagi combo minyak tu sehingga hari ini sampai betul2 baik n tiada bayang2 bintik merah lagi.