Rawatan alternatif untuk HFMD
Bila kita dengar HFMD je dah meremang bulu roma bulu tengkuk semua kan? Macam teruk nau je penyakit tu.. Sebenarnya ini kali kedua mama handle penyakit HFMD ni.. First time tahun lepas. Dan ni kali kedua. Alhamdulillah banyak mama belajar untuk kali ni.
Budak ni yang kena HFMD. Haih la anak.
Kronologi HFMD :
Isnin : Kakak Maira sekolah macam biasa. Petang selepas Asar mama dapat mesej dari teacher sekolah start selasa sampai 15hb April cuti. Sebab ada kes HFMD.
Rabu : Pagi selepas mandi Maira mengadu kaki gatal2. Mama garu dan apply essentail oil bagi hilang gatal. Malam masa nak tidur badan dah start dedar nak demam. Mama terus drop frankinsence.
Khamis : Bilamana tengah sarapan, Maira mengadu mulut sakit. Bila mama tengok, kat lidah ada 1 spot ulser. Masa ni mama masih tak syak apa2 lagi. Malam badan still panas. Mama still drop frankinsence lagi bagi up immune.
Jumaat : Petang jumaat pakcik makcik maira datang rumah. Mama mengadu dengan abang ipar tiba2 ada ulser dalam mulut Maira. Bila udek tengok ulser tu terus dia cakap kena HFMD. Terus tengok tapak tangan & kaki. Memang banyak bintik2 merah. Masa sebelum tidur tunjuk lagi kat udek ulser dalam mulut Maira makin banyak dan bertambah di bahagian lelangit. OMG.. Mama terus alahai Maira pula yang kena. Udek cakap kalau tak teruk tak warded. Boleh handle sendiri. Sebab HFMD adalah sejenis virus.
Nampak tak kaki Maira ada bintik2 merah? Jumaat malam tu lepas maghrib dah mandi mama terus appy combo essential oil. Ada tiga jenis essential oil mama guna ikhtiar untuk rawat HFMD.
Rawatan HFMD menggunakan YLEO:
Essential oil purification, thieves, frankinsence. Ketiga-tiga essential oils tu sangat2 lah membantu mama waktu2 macam ni.
Purification mama dilute bersama Virgin Coconut Oil (VCO) mama sapu kawasan gatal2 yang ada bintik2 merah.. Setiap dua jam mama sapu. Bila tengah malam terjaga pun mama sapu lagi. Mama buat stok dilute siap2. Senang. Dan mama sapu juga sepanjang spine. Selepas mandi pagi, tengahari, petang & sebelum tidur.
Thieves pula mama diffuse bersama purification untuk membantu mama membersihkan udara dari kuman dan membantu mama mendapatkan udara yang baik. Bilik pun wangi!.
Frankinsence pula mama drop bawah lidah Maira setiap hari 1-2drops sahaja. Untuk up immune dia sebab virus yang menyerang.
Inilah dia essential oils yang mama ikhtiar gunakan untuk rawatan HFMD anak mama. No chemical. No alcohol..
Ahad mama tengok mulut maira clear ulser2 yang ada dalam mulut. Bintik2 merah di kaki dan tangan pun banyak kurang. And yes, mama still apply lagi combo minyak tu sehingga hari ini sampai betul2 baik n tiada bayang2 bintik merah lagi.
0 comments: